Followers

Monday, October 17, 2011

si comel dan cantik =')

assalamualaikum
petang yang mengantok
tido agak lame sbb lth tah kenapa.
bgn2 tros pening.
haha

waktu tidur mmpi macam-macam
mimpi yang perlu saya menjawab sesuatu yang saya pasti
tapi saya sendiri yang takut nk jawab
hehe..apakah ini?
soalan dari kanak-kanak perempuan yang kecil dan belum kenal erti hidup
die sangat comel, cantik dan bila berbicara bak anak kecil yang bermanja dengan ibu
wahh rasa mcm saya da ada anak.! =)) 

waktu dalam mimpi tu saya berada dalam golongan-golongan yang selalu meninggalkan sembahyang
dalam mimpi itu saya berada di kalangan "mereka"
tak perlu saya mengaibkan sesiapa.
tapi terus terang saya kata bila kamu berada dalam golongan "mereka" 
mmg susah kamu nak sembahyang
berdasarkan pengalaman saya
terpaksa curi masa
menahan wuduk
tapi ahlamdulillah
saya masih kuat

kanak-kanak kecil tah dari mana datangnya
muncul di tepi saya
rambut nya ikal sambil dilepaskan
memakai cekak
gown biru
sambil melentuk tubuh di sisi saya
=')
terasa perasaan seorg ibu 

die bertanya
 " kenapa mereka tidak sembahyang?
kenapa kamu sembahyang?
apa kebaikan sembahyang?
kenapa perlu sembahyang? "
terlihat matanya yang sangat cantik dan berkaca
seperti dapat melihat terus ke dalam anak mata tanpa ada penapisan.

sewaktu anak kecil ini bertanya
"meraka" ini terus memandang saya dengan marah
saya tidak pedulikan "mereka"
lantas saya menjawab kepada anak kecil itu.

walaupon saya tahu semua jawapan nya
tapi tah kenapa saya berasa takut
takut yang amat sangat
rasa seperti jika saya salah menjawab
kelak kanak-kanak itu akan dewasa dengan jawapan saya
jawapan yang belum cukup kuat untuk mendidik
dan mungkin di salah ertikan

tah kenapa tangan saya terus memegang dagu anak itu
pegang dengan lembut dan senyuman
"saya sembahyang kerana Allah,
kerana tuntutan agama,
sembahyang dpt tenangkan hati saya tika saya sedih, tika kecewa,
bila berdoa rasanya seperti saya berkata-kata dengan tuhan"
itu yang keluar dari mulut saya tanpa saya susun setiap perkataannya.

lalu kanak-kanak itu pergi
berlalu tanpa kata
yang pasti
hanya senyuman dan lambaian

terjaga pukul 5 petang
sangat pening kepala
dari pukul 3 tertido
teringat mimpi tadi tros g solat asar
terasa meremang

Ya Allah,
jika benar ini petunjuk kepada ku supaya aku tidak lalai jika berada dalam golongan "mereka" ini
biar lah petunjuk ini berterusan
aku tidak cukup bagus dan berilmu utk menegur "mereka" ini
walaupon  "mereka" ini mungkin terdiri dari kawan2 ku,
mungkin juga mereka lebih tua dari ku,
berilah petunjuk juga kepada mereka.

nur farzana aina





7 comments:

  1. boleh jadi ibu dah nie ct! gud2..

    ReplyDelete
  2. saje je letak gambar tu kan, nak menampakkan lagi keibuan ko konon. hahah!

    ReplyDelete
  3. haha. siap ko! jai name ko akan muncul dlm blog aku pasnie..!!

    ReplyDelete
  4. mane2?? kt ruang komen nie memang la ade name aku.hahaha.siap gambar lagi taw.

    ReplyDelete