Followers

Thursday, November 18, 2010

surat bakal menantu..

saye curik bende nie dr ajai..hehe.. rse best lak nk kongsi ng sume...
surat dr bakal menantu...haha

Mr M
lot 9 something la yg penting bkn lot 10,
jalan menghala ke pantai,
dekat ngan airport,
16100 baru betol kota ni,
lu pikir la negeri mana sendiri haha
______________________________________________________________
Mr Unkel dan Mrs Auntie,
lot bukan nombor sebenar,
jalan yg orang tahu,
17500 TMnet
Lupa nama negeri 11.11.2010

pak cik/unkel/ayah kot


Memohon Membawa Anak Pak Cik/Unkel/Ayah kot keluar First Date untuk Sehari
Saya sepertimana nama di atas bernombor kad pengenalan 86XXXX-29-XXXX dengan rasa tawadduk dan merendah dirinya ingin mengajak anak unkel untuk date dengan saya pada esok hari iaitu 12.11.10, smart tu nombor versi menurun..Saya sudah prepare lama dah unkel,malahan saya ada kerja kat 7/11 selama beberapa bulan bagi menyara keperluan date kami untuk satu hari ni.Saya ingat nak bawak dia pergi ke Tesco dekat ngan stesen bas tu.

2. Dengan perancangan dan bakat sebagai seorang organizer majlis doa selamat, saya merasakan ability saya untuk meng'organize' first date ni akan berjalan lancar tanpa aral melintang apa lagi menegak.Sekarang saya cuma perlukan secubit permission dari pihak unkel dan auntie sahaja.

3. Di sini saya sertakan tentatif program atau lebih sinonimnya dalam bahasa yang ringkas tepat dan mutakhir ialah aturcara date.(Saya nak kepilkan appendix-appendix tapi kertas A4 saya tak mencukupi)


0900 : Bertolak dari rumah ke rumah unkel/auntie.Kena tolak awal takut jammed.

1027 : Saya di jangka sampai dengan sebuah kereta Datsun baulu bernombor plate D 345

1028 : Missed call anak unkel sebagai tanda saya dah sampai, kalau sudin dlm bujang lapok main ktuk2 botol, saya canggih sikit.

1058 : Saya suspek dalam 30 minit la anak unkel leh bersiap tu pun minima kot.Oke, saya tunggu kat kedai bawah sambil hafal tanda harga barang yang sempat saya hafal.

1104 : Di jangka anak unkel turun sambil tersipu-sipu (kata first date).Dikhuatiri juga anak unkel akan melenggang sikit-sikit jadi masa di ambil mungkin dalam 10 minit untuk sampai ke kereta.

1115 : Agak-agak enjin kete dah panas saya tekan minyak terus menghala ke arah selatan.

Saya syak jalan pun agak sesak jadi melalui sempoa di tangan saya ni agak-agak dalam 2 jam baru sampai.

1315 : Saya di jangka sampai di betul-betul depan tesco, kalau boleh saya park atas je lah sian kat anak unkel kena menapak naik eskeleter kalau heels dia patah cane? Kedai kasut jugak pasni. lari bajet nanti.

1321 : Oke oke tukar, saya park kat bawah jer lah lupa pulak big hapel kat ground floor, saya jarang datang tesco ni unkel sebab jauh tu lupe.

1330 : Adegan makan-makan dan ice breaking.

1430 : Dah bayar semua terus menghala ke kereta.

1445 : Di jangka sampai masjid muhammadi..oppss..terkantoi nama masjid kat sini.Date-date jugak.Date ngan Tuhan kena ada jugak, baik tak saya unkel?hehe.Dun weri, kat sana ada kain sembahyang mereka dah sedia.

1500: Ingat nak bawak anak unkel ronda-ronda bandar.

1700: Setelah agak-agak dalam 2 jam kaki saya kebas tekan klaj saya ingat nak bawak anak unkel menghirup udara segar dan air kelapa kat pantai.Amacam unkel romantik tak your son in law to be?haha.Tengok-tengok matahari terbenam gitu wahaha.Oke, ni bulan 11 harap-harap tak hujan.

1900: Saya syak masa ni dah agak gelap jadi tak manis apa lagi tak ensem kalau kami berdua-duaan lagi, jadi saya call membe saya datang teman kami.Eh.. eh..dun weri membe pompuan, dia kenal jugak anak unkel dun weri.Bukan apa kang ada plak 'Altimet' dalam lagu ' kalau berpacaran' cane?

Kami solat dun weri, saya hantar la anak unkel umah membe saya tu kejap nak mandi ke nak mekap ke, membe saya tu banyak mekap jugak mungkin.pendek kata keperluan pompuan ada semua.

2100: Duit saya rasa-rasa cukup lagi ni jadi saya ingat nak ajak anak unkel pergi candle light dinner wahaha.

2200: Hari dah agak malam ni, saya syak unkel pun dah mula ke hulu ke hilir ni.Oke oke, sepantas kete saya saya hantar anak unkel balik.InsyaAllah dengan selamat.

Tapi kalau boleh nak ajak pegi main boling kat mall kejap boleh?Tak boleh takpe esok la pulak ke cenggane unkel?

2300: Selamat sampai betul-betul depan umah unkel.

2301: Cadangan di tutup
4. Jangan bimbang saya ada beli kaset ceramah agama mana tahu anak unkel bosan dalam kereta, lagipun dalam kete ni ade banyak jugak lagu-lagu jiwang indon, saya tahu anak unkel suka layan lagu jiwang indon.Kaset nasyid pun ada.

5. Unkel usah khuatir setiap 30 minit saya akan update segala aktiviti kami dari masa ke semasa, itupun kalau tiada aral yang melintang seperti bateri kong dan kredit kong.Oke, satu lagi kami akan tapau mee hong kong jika setuju.Untuk surat seterusnya saya akan sertakan minit-minit mesyuarat.

Sekain sekian terima kasihan,
Bakal Menantumu.

...................................................
(this is computer generated no signature needed because the writer did not have scanner)

assalamualaikum...

*sila anggap tarikh tersebut bukan hari jumaat, takkan nak tinggal anak dara orang dalam kete sorang-sorang, buat-buat je la nie ari sabtu ni hari sabtu (malas nak tengok kalender sbnanyer).

Agak2 pe respond bkal bapak mertue tu???

2 comments: